Putrajaya-Milik-Siapa_cover

Putrajaya Milik Siapa? / Liew Chin Tong

RM10.00

Product Description

Pengarang: Liew Chin Tong
Diterbitkan oleh: Genta Media
Tahun Terbitan: 2013
ISBN: 978-967-11759-3-4

Buku kecil ini adalah hasil karya Liew Chin Tong, seorang ahli politik, wakil rakyat dan pemikir muda yang mahu berkongsi maklumat, pandangan serta cadangan tentang Putrajaya yang penuh dengan seribu persoalan, rahsia dan misteri. Dari saat idea penubuhan sebuah monument gergasi sebagai lambang kemegahan negara ciptaan Tun Dr Mahathir Mohamad hingga kepada realiti hari ini yang memaparkan kuasa UMNO-Barisan Nasional yang semakin terhakis, Liew Chin Tong membawa pembaca menghayati fakta-fakta yang jarang atau tidak pernah disiarkan dalam media arus perdana. Buku kecil ini amat penting bagi sesiapa sahaja, sama ada anda penyokong UMNO-BN atau Pakatan Rakyat, ataupun jika anda bukan ahli mana-mana parti sekali pun, yang ingin tahu tentang asal-usul Putrajaya dan ke arah mana hala tuju monumen raksasa yang menjadi simbol ibu negara Malaysia.

Liew Chin Tong adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan yang menduduki Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Malaysia.

Additional Information

Weight 0.18 kg
SKU: PUTRA126. Categories: , .